1) Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda
Percaya atau tidak apabila anda
sentiasa memikirkan tentang kenyang,
anda tidak akan lapar.
Buktinya apabila anda menjalani ibadah
puasa,
anda tidak berfikir pun tentang makan
sepanjang hari,
tetapi anda tetap mampu melakukan
aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa.
Padahal pada hari-hari biasa,
awal pagi lagi anda sudah terasa
hendak makan.
Demikianlah apabila anda tidak lansung
memikirkan tentang penat,
anda akan cergas dan bertenaga sepanjang
hari.
Sebaliknya apabila anda mula berkata
”Aku malaslah hari ini”, “Aku boringla hari ni”,
anda akan benar-benar malas dan
boring.
Maka jika anda ingin cemerlang dan
berjaya,
bijak-bijaklah berhubung dengan
imaginasi.
Imaginasi boleh menjadikan anda apa
sahaja.
Daripada sini kita boleh simpulkan,
”Kita sendirilah yang meminta setiap
apa yang berlaku pada diri kita.”
2) Berkomunikasi dengan minda ke minda
Apabila anda mengingati seseorang,
dan jika ingatan anda itu jujur, ikhlas dan bertanggungjawab,
dan tiada sebarang gangguan,
anda sebenarnya telah pun menghantar gelombang minda kepada orang itu.
Anda mungkin mendapat tindak balas yang menakjubkan.
Jika ingatan anda terhadapnya adalah yang baik-baik,
dalam masa yang sama insyaALLAH dia akan mengingat yang baik-baik juga
tentang anda.
Maka kerana itulah sesekali pada saat-saat tertentu anda terkenangkan
seseorang yang telah lama anda tidak temui secara tiba-tiba.
Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang anda
dan gelombang mindanya telah mengembara dan akhirnya sampai kepada anda.
Gelombang yang lemah akan tersasar atau tidak sampai ke matlamat ataupun
ghaib begitu sahaja ditelan gelombang-gelombang yang lebih kuat yang sentiasa bersimpang
siur.
Gelombang minda akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yang mempunya
jalinan emosi ataupun pertalian darah yang rapat misalnya suami isteri, ibu dan
anak, adik beradik kembar dan rakan seiras.
3) Daya magnet dalam fikiran beremosi
Tahukah anda apabila anda membenci seseorang,
anda sebenarnya telah pun menarik kebencian orang itu terhadap anda.
Fikiran yang beremosi ada daya tarikan bagaikan magnet yang akan menarik
sebarang pemikiran yang sealiran.
Sebagaimana gelombang minda tadi,
kebencian akan terhasil dalam bentuk gelombang-gelombang negatif yang
mengembara dan akhirnya sampai kepada orang yang anda benci itu.
Oleh itu, seseorang yang menjadikan imaginasinya sebagai salah satu
laluan untuk kejayaan tidak boleh berfikiran negatif.
Dia kena berfikiran positif supaya pemikiran yang sama akan dipulangkan
kepadanya.
4) Mengawal minda untuk lebih berjaya
Tiada siapapun yang boleh membuatkan anda marah jka anda sendiri tidak
ingin marah.
Soal emosi yang tersentuh adalah perasaan yang boleh dikawal jika anda
mahu mengawalnya.
Jika anda memang tidak mahu marah anda tidak akan marah.
Orang boleh menjadi terlalu sedih kerana dia memberi laluan kepada
dirinya untuk berasa sedih. Kesedihan yang melampau-lampau pula bermula
daripada emosi yang ditarik-tarik, diiya-iyakan, diransang-ransang dan
disungguh-sungguhkan, ibarat api yang dicurahkan petrol ke atasnya.
Api akan menyambar hebat padahal jika dibiarkan sahaja, lambat laun ia
akan padam sendiri. Kejayaan pertama orang yang berjaya ialah dapat mengawal
emosinya.
5) Dua pemikiran dalam masa yang sama
Anda mungkin pernah melihat seseorang yang beremosi pada satu masa tetapi
pada masa yang sama bercakap seolah-olah tidak menghadapi sebarang masalah dan
ingat,
orang ini bukanlah seorang pelakon.
Seorang ayah memarahi anaknya dengan kemarahan yang beriya-iya tetapi
dalam masa yang sama dia menghadiahkan anda senyuman dan mula bercakap lembut
dengan anda.
Itu tanda permulaan bagi seorang yang dapat mengawal emosinya.
Seorang yang ingin menggapai kejayaan melalui imaginasi perlu lebih
pandai mengawal emosi.
6) Minda teransang melalui solat dan doa
Solat itu doa dan doa itu perlu dalam proses kehidupan seseorang manusia.
Manusia perlu berdoa untuk menjalinkan hubungan yang erat antara dirinya
dengan alam ghaib dan yang terpenting dengan PENCIPTA-nya.
Realitinya orang yang sentiasa berdoa dan sentiasa menunaikan solat tepat
pada waktunya atau lebih baik pada awal waktu akan dapat membentuk dan
meningkatkan kekuatan minda melalui fikiran yang lebih terfokus.
Seorang yang berjaya adalah seorang yang tenang dan ketenangan mutlak
ataupun kemuncak bagi ketenangan adalah solat.
Hakikat ketenangan tidak ada dalam diri seseorang yang ingkar solat atau
tidak pernah berdoa.
0 kaki kritik (hehe..):
Post a Comment