MAKSUDNYA :
Allah, tidak ada yang benar disembah hanya Dia yang Hidup dan Maha
Kaya, tidak pernah ditimpa mengantuk dan tidak pernah tidor, bagin Nya sesuatu
yang ada di langit dan di bumi, tidak ada yag boleh membri syafaat kecuali
denga izin Nya. Ia maha mengetahui segala apa yang terjadi di hadapan mereka
dan dibelakang mereka. Tidaklah mereka meliputi ilmunya sedikit jua kecuali
yang dikehendakki Nya. Lebih luas kerusinya darilangit dam bumi. Tidak susah
bagi Nya memelihara keduanya. Ia maha Tinggi dan maha Besar.
TRANSLATION :
[Allah! There is no god but He, the Living, the Self-subsisting,
Eternal. No slumber can seize Him nor sleep. His are all things in the heavens
and on earth. Who is there can intercede in His presence except as He
permitteth? He knoweth what (appeareth to His creatures as) Before or After or
Behind them. Nor shall they compass aught of His knowledge except as He
willeth. His Throne doth extend over the heavens and the earth, and He feeleth
no fatigue in guarding and preserving them for He is the Most High, the Supreme
(in glory).]
Penjelasan:
Ayat
Kursi diturunkan pada suatu malam selepas Hijrah. Menurut riwayat, ketika ayat
kursi diturunkan disertai dengan beribu-ribu malaikat sebagai penghantarnya,
kerana kebesaran dan kemuliaannya.
Syaitan
dan Iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi perintang
dalam perjuangan nya.
Rasulallah
s.a.w segera memerintah kepada penulis alQuran iaitu Zaid bin Thabit agar
segera menulisnya dan menyebarkannya.
Ada
terdapat sembilan puluh lima buah hadis yang menjelaskan fazilat ayat kursi.
Sebabnya ayat ini disebut ayat KURSI kerana di dalam nya terdapat perkataan
KURSI, ertinya tempat duduk yang megah lagi yang mempunyai martabat.
Perlu
di ingat, bukan yang di maksudkan dengan KURSI ini tempat duduk tuhan, tetapi
adalah KURSI itu syiar atas kebesaran Tuhan.
Khasiat Ayat Kursi:
1.
Sesiapa yang membaca
ayat Kursi dengan istikamah setiap kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi
dan petang, setiap kali masuk kerumah atau kepasar, setiap kali masuk ke tempat
tidur dan musafir, insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan
raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan
kejahatan binatang yang memudharatkan. Terpelihara dirinya dann keluarganya,
anak-anak nya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
2.
Terdapat keterangan
dalam kitab Assarul Mufidah, barang siapa yang mengamalkan membaca ayat kursi,
setiap kali membaca sebanyak 18 kali, inyaallah ia akan hidup berjiwa tauhid,
dibukakan dada dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan
martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan
kepadanya, diperlihara dari segala bencana dengan izin Allah s.w.t.
3.
Salah seorang ulama
Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca
ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan
Rasulallah s.a.w.
4.
Syeikh Abul ‘Abas
alBunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya
(50 kali), di tiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, maka inysyaallah
tuhan mencerdaskan akalnya dan memudahkan faham pada pelajaran yang dipelajari.
5.
Sesiapa yang membaca
ayat Kursi selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan mengampunkan dosanya. Sesiapa
yang membacanya ketika hendak tidur, terpelihara dari gangguan syaitan, dan
sesiapa yang membacanya ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya.
6.
Syeikh alBuni
menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170
huruf), maka insyaallah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan
menunaikan segala hajatnya, dam melapangkan fikiranyan, diluluskan rezekinya,
dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.
7.
Barang siapa membaca
ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan dua malaikat yang menjaga
selama tidurnya sampai pagi.
8.
Abdurahman bin Auf
menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat
penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung
syaitan.
9.
Syeikh Buni menerangkan:
sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran
denga nisyarat nafas sambil membaca ayat Kuris. Kemudian ia masuk bersama
jamaahnya kedalam garis lingkaran tersebut menghadap kearah musuh, sambil
membaca ayat Kursi sebayak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, insyaallah musuh
tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.
10.
Syeikul Kabir Muhyiddin
Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000
kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi
alQuran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan
yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an)
0 kaki kritik (hehe..):
Post a Comment