Maksudnya:
“;dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan
meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar
(dari segala perkara yang menyusahkannya), (2)
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan
(Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah
baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap
melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar
dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (3)”
(Surah Al-Talaq : Ayat
2-3)
Semua orang mahukan
rezeki yang banyak, mudah, berkat serta makmur. Dalam pekerjaan kita seharian
mencari rezeki, mestilah sentiasa niatkan dalam hati supaya Allah mengurniakan
kita dengan rezeki yang halal, berkat, mudah serta luas. Sebelum kita turun dari
rumah menuju ke tempat kerja atau sebelum memulakan pekerjaan, mulakanlah
dengan bismillah.
Selain melakukan
pekejaan yang halal menurut hukum syarak, hendaklah kita melakukan pekerjaan
dengan tekun dan bertanggungjawab, menepati masa (jika bekerja dengan majikan),
dan jangan mengabaikan solat bila sudah masuk waktu solat. Mestilah bersegera
menunaikannya barulah Allah menyegerakan sampainya rezeki. Satu perkara lagi,
jangan mengamalkan tabiat mengeluh jika ada sesuatu kesukaran dan kepayahan,
kerana itu adalah test dari Allah untuk meneguhkan jiwa kita. Jika kita
mengeluh, maka adalah seolah-olah kita menganggap apa yang Allah takdirkan
untuk kita itu tidak betul. Itu menunjukkan kita tidak redha dengan Allah.
Bagaimana kita nak harapkan keredhaan Allah dan doa kita makbul sedangkan kita
tidak redha pada ketentuan Allah.
Sebelum kita meminta
apa-apa dari Allah, terlebih dahulu kita hendaklah bersikap syukur dengan
apa-apa yang telah kita terima sebelum ini seperti udara, air, makan minum,
pakaian, rumah, keluarga dan sebagainya. Kemudian barulah kita berniat untuk
mendapat apa-apa tambahan dari Allah.
Walaubagaimanapun,
disini ada beberapa petua untuk diamalkan supaya kita dapat murah rezeki, kalau
bekerja lekas naik pangkat, kalau berniaga dapat untung yang banyak.
1.
Bangun awal pagi
sebelum masuk waktu subuh.
2.
Amalkan solat sunat
qobliyah subuh (2 rakaat sunat sebelum solat fardhu subuh).
3.
Jangan abaikan solat
wajib 5 waktu tidak ketinggalan solat jumaat (zaman sekarang ni ramai yang
gagal dalam menunaikan solat jumaat. Tidak elok begitu, bukankah antara perkara
yang digeruni orang kafir ialah bila melihat orang Islam berkumpul setiap
minggu untuk bersolat jumaat. Tentulah ada sesuatu hikmat besar dalam solat
Jumaat).
4.
Amalkan membaca Ayat
1000 Dinar setiap kali selepas solat fardhu, sebelum pergi ke pejabat atau
tempat kerja, dan sebelum tidur. Bacalah sebanyak 3 atau 5 atau 7 kali. Hanya
orang-orang yang mengamalkannya yang dapat memperihalkan kemujaraban ayat ini.
Subhanallah..
5.
Mengeluarkan zakat
serta bersedekah kepada fakir miskin.
6.
Menjaga makan minum
supaya jangan bercampur dari sumber yang haram dan syubhat, agar doa mudah
dikabulkan Allah.
7.
Sentiasa berterima
kasih pada Allah atas apa-apa yang kita miliki. Sesiapa yang bersyukur nescaya
Allah tambahkan lagi nikmat (sesiapa yang kufur nescaya azab pedih menanti di
alam kubur).
8. Sebelum tidur selepas membaca doa (doa sebelum
tidur), berselawat keatas Nabi dan beristighfar serta memohon keampunan untuk
seluruh kaum muslimin dan muslimat.
0 kaki kritik (hehe..):
Post a Comment